Friday, July 12, 2013

Bila Jatuh,,Bangun lah kembali.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
di tengah-tengah malam yg sunyi ni,,nak kongsi sedikit 
tentang perasaan,pengalaman yang aku lalui.
yup semalam tarikh upu da keluar,
semalam juga la penentu keputusan sama ada aku dapat melanjutkan pelajaran ke universiti atau x.
tapi 
tersangat mendukacita kan bagi aku
bila aku check,
MAAF ANDA TIDAK BERJAYA
perkataan ini la yang selalu membuat aku menangis dan kecewa
sampai aku fikir, `biar betul, tak kan lah,mungkin line problem kut,masalah teknikal'
hrmmm...semua tu betul.
memang tiada rezeki aku untuk kali ini,
perasaan ? Ya Allah, jalan pun rasa x pijak bumi
perasaan aku hancur berkecai ya Allah,,tuhan je yg tahu saat tu,
menangis ? sudah tentu...
mungkin aku boleh terima, tapi aku x sanggup nak beritahu parents tentang hal ini.
aku da kecewakan harapan mereka.
apa yang aku buat masa tu adalah menangis dan mengenang nasib aku lepas nie.
sampai aku rasa tak guna buat rayuan tu,da patah hati terhadap ipta.
macam-macam perasaan aku masa tu.
ibarat bila seseorang itu jatuh untuk kedua kali dan berdiri semula walaupun pedih terhadap kesakitan yang dialami.


tapi.
aku bersyukur kerana
aku x keseorangan menanggung kesakitan ini
aku ada ALLAH yang maha mendengar segala rintihan ku
Mak dan Abah yang sentiasa memahami akan keperitan ku
kawan-kawan rapat yang sentiasa bagi dorongan tanpa henti,sampai dia pun menangis sekali sebab aku x dapat u nie,sepatutnya dia gembira dengan kejayaan dia masuk ke u.Alhamdullilah.
kawan-kawan yang x rapat pun bagi aku dorongan .
cikgu pun bagi semangat kat aku.
mereka x putus2  bagi semangat dekat aku.
kata-kata dan semangat mereka membuatkan aku kuat tuk hadapi ujian Allah ini.
aku tertarik dengan kata-kata dalam blog aisya.
Antara ayat dia "Surah Al-Baqarah Ayat 216 :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”


Alhamdullilah,aku da boleh terima semua ini,,aku refleksi diri aku akan kesilapan yang pernah aku buat,sebab dan mengapa Allah beri ini kepada ku.Aku anggap ni ujian Allah kepada hambamu.Sesungguhnya,Allah tidak akan memberi ujian kepada hambanya melebihi kekuatan hambanya itu. 

Aku sudah pn mengisi rayuan upu itu atas nasihat semua dan sekarang apa yang boleh aku buat berdoa dan terus berdoa tanpa putus mengharapkan rezeki akan berpihak kepada ku.
InsyaAllah


No comments :

Post a Comment