Monday, September 2, 2013


Ya Allah
Sesungguhnya aku sudah tidak kuat untuk menerima segala dugaan yang engkau beri
Semakin aku cuba untuk kuat
Semakin itu juga aku berasa lemah
Disaat orang lain menanti kebahagiaan
Ku disini memendam rasa
Aku sudah tidak tahu dengan siapa aku mahu meluahkan melainkan mu Ya Allah
Sesungguhnya engkau sahaja yang dapat memahami perasaan ku sekarang ini..
Setiap hari aku bertanya
Mengapa ini semua terjadi kepada diriku
Apakah hikmah di sebalik ini
Aku sudah tidak kuat Ya Allah
Ya Allah
Tidak perlu mengeluarkan air mata
Hatiku sendiri sudah cukup mengambarkan kesedihan dan kekecewaan nya
Namun.air mata kecil tetap jatuh juga akhirnya
Aku tidak mahu menyalahkan sesiapa
Hanya engkau sahaja yang dapat memahami perasaan ku ketika ini.

No comments :

Post a Comment